Dinobatkan sebagai juara Big Stage 2020 (BS2020), penyanyi Azzam Sham kini berjaya membawa pulang RM100,000 semalam.
Namun begitu, penyanyi Usop terpaksa akur mendapat tempat kedua dan meraih RM50,000 manakala Qody Rany berada di tangga ketiga menerima hadiah RM25,000.
Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.
Pada konsert akhir yang berlangsung dengan gilang gemilang semalam, Azzam Sham membawakan dua lagu iaitu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza serta Granede.
Terdahulu, pada musim pertama program itu berlangsung, penyanyi Sarah Suhairi dinobatkan sebagai juara manakala juara untuk musim kedua pula milik penyanyi berasal dari Korea Selatan iaitu Han Byul.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments