#Hiburan: Sebar Berita Palsu Coronavirus, Zed Zaidi Dipanggil SKMM

Gara-gara memuat naik berita palsu mengenai jangkitan wabak Coronavirus menerusi akaun Twitternya baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi semalam disoal siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama hampir tiga jam.

zed zaidi skmm

Hadir ke Menara SKMM bersama peguamnya, Zamri Idrus, Zed disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan memberikan kerjasama sepenuhnya ketika memberi keterangan mengenai hal tersebut. Pada masa yang sama, dia berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika menulis sesuatu perkara di media sosial.

Untuk yang di luar sana berhati-hati bila post (membuat hantaran di media sosial)

zed zaidi berita palsu coronavirus

Menurut peguamnya, Zed tiada berniat untuk mencetuskan huru-hara atau panik sebaliknya status di Twitter itu hanyalah persoalan peribadi.

Kami dimaklumkan tadi oleh pihak SKMM, sekiranya ada keperluan untuk mereka mendapatkan butiran lanjut daripada Zed, mereka akan panggil (semula).

zed zaidi coronavirus

Tidak sama sekali, itu memang disahkan oleh Zed sendiri. Tidak ada niat apa pun.

Terdahulu, Zed mengatakan situasi di negara ini juga sudah tidak selamat, orang ramai kini terpaksa memakai topeng sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti wabak tersebut. Rata-rata netizen menggesa pihak SKMM dan PDRM untuk mengambil tindakan ke atas Zed kerana telah menyebarkan berita palsu. Ini boleh mencetuskan salah faham dan membuatkan keadaan menjadi huru-hara.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments