Siapa tidak kenal personaliti media sosial TikTok, Athalia Deen Baswani yang ibunya juga seorang penyanyi terkenal iaitu Sharifah Zarina.
Sering memuat naik kandungan ceria dan menghiburkan, Athalia hari ini menjadi tumpuan warga maya apabila dia dilihat ada berpelukan bersama seorang lelaki bukan mahram di laman TikTok miliknya.
View this post on Instagram
Difahamkan, lelaki itu merupakan seorang personaliti media sosial England, iaitu Elliot James Reay.
Athalia kemudiannya berpelukan dengan Elliot sebagai tanda bertegur sapa dan menulis kapsyen “reaksi apabila terjumpa dengan penyanyi yang selalu berduet dalam TikTok”.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meninggalkan komen berbaur kecaman berikutan aksi Athalia yang dirasakan tidak segan silu memeluk lelaki bukan mahram.
Malah, ada juga yang ‘memetik’ nama Sharifah Zarina sehinggakan penyanyi lagu Langit Ke-7 itu tampil memberikan respon mengenai isu yang hangat diperkatakan netizen terbabit.
@realsharifahzarina Replying to @Pand4iman? Sorry @Sakinah
Saya tak kisah kalau ada yang nak bagitahu saya, anak saya dikecam atau orang kutuk anak saya ke, saya tak kisah.
Kata Zarina, dia tidak kisah anaknya dikecam dan sempat memberikan pesanan kepada netizen agar ‘tag’ namanya dengan betul dan bukan artis lain yang mempunyai nama hampir serupa dengannya.
Tapi, tolonglah tagged saya ya. Jangan tagged artis lain. Itu Sharifah lain, ini Sharifah lain.
Ha…macam-macam la ya!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Mak Tak Marah Ke?” – Peluk Lelaki Di TikTok, Sharifah Zarina Tak Kisah Anak Kena Kecam first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments