Semalam, pelakon sado Zul Ariffin memberikan ulasan dan sepatah dua kata kepada pihak yang dipercayai memintanya untuk memuat naik video bersifat sumbang.
Tiada tindakan sebab orang lain yang terbabit semuanya ‘malaikat’, saya seorang saja tidak. Jadi saya sajalah yang mengaku bersalah. Tidak mengapa.”
Akibat tindakannya itu, Zul yang mengaku bersalah telah didenda RM30,000 dan berharap perkara itu menjadi pengajaran buat pelakon lain.
Malah, ramai netizen di media sosial mempersoal mengapa hanya pelakon filem Tombiruo itu sahaja yang dikenakan tindakan di mahkamah.
Susulan kenyataan yang dikeluarkan Zul itu, penerbit drama Perempuan Itu, Erma Fatima atau Fatimah Rahman Ali telah tampil memberi komen.
Jelasnya, dia tidak tahu mesej tersebut ditujukan kepada siapa kerana hanya Zul lebih mengetahui maksud kenyataan tersebut.
Tambahnya lagi, tiada siapa malaikat mahu pun syaitan tetapi ia adalah tanggungjaawb setiap manusia terhadap karier masing-masing.
Menurut Erma lagi, dia tidak atau siapa ‘malaikat’ yang dimaksudkan oleh Zul dan pada pendapatnya, apa yang berlaku ini adalah pesanan buat semua pihak.
Kakak Umie Aida itu juga berkata seseorang itu perlu menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum membuat sesuatu walaupun ia adalah arahan orang lain.
Erma juga berkata Zul sendiri perlulah fikir di mana dia mahu meletakkan dirinya sebagai seorang pelakon dan berpendapat bukan Zul seorang yang bersalah dalam hal ini.
Bagi saya bukan Zul sorang yang bersalah..salah itu terletak pada semua orang bukan dia seorang dalam hal ini tapi dia yang muat naik video itu. Siapa yang suruh muat naik video itu?”
Sementara itu, penerbit berusia 54 tahun tersebut berkata dia masih belum dapat pastikan bila drama terbabit akan ditayangkan memandangkan masih banyak yang perlu diperbaiki semula.
The post “Tiada Siapa Malaikat Atau Syaitan! Siapa Suruh ‘Upload’ Video Itu?” – Erma Fatima first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments