#Hiburan: Jom Ketahui Bagaimana Fermented HA Jadi Bahan ‘Ajaib’ Dalam Hada Labo Hydration Lotion!

Sekarang ni makin ramai yang cakna tentang penjagaan kulit wajah, kalau dulu sebut je asid, ramai yang ingat bahan ni bahaya. Tapi rupanya, ada juga asid yang baik untuk menjaga kelembapan kulit wajah seperti asid hyaluronik.

Disebabkan cuaca kat Malaysia ni panas dan ada kalanya lembap, kebanyakkan diantara kita mengalami masalah kulit muka jenis berminyak. Bagi korang yang mempunyai masalah kulit jenis ni, korang sama sekali tak boleh mengabaikan penghiratan kulit TAU!

Advertisement

Penghidratan kulit yang baik dapat membantu mencegah masalah seperti bintik hitam dan juga garis halus yang menjadikan wajah kelihatan tua sebelum usia. Takutnya!!!

Haaa.. Sebab tu kali ni kami nak share tentang satu lagi produk Hada Labo iaitu Hydrating Lotion yang dapat membantu ‘memerangkap’ lembapan pada kulit wajah dengan satu bahan ‘ajaib’ ni.

Formula baru dengan Asid Hyaluronik Difermentasi

HADA LABO HYDRATING LOTION

Kalau sebut je Hada Labo, rasanya semua tahu yang jenama ini terkenal dengan produk Hydrating Lotion. Bayangkan dekat Jepun je, losen ni telah menjadi produk penghidratan No.1 selama 15 tahun berturut-turut.

Jadi tak hairanlah sampai ke hari ni lebih 100 juta botol* Hada Labo Hydrating Lotion dah dijual di seluruh dunia.

HADA LABO HYDRATING LOTION

Lagi menarik, kalau dulu Hada Labo Hydrating Lotion ni mengandungi 4 jenis asid hyaluronik, sekarang ni ada satu lagi bahan ‘ajaib’ yang ditambah untuk menambah baik produk ni iaitu Fermented HA dan merupakan yang pertama seumpamanya di dunia tau!

Seperti yang kita tahu, asid hyaluronik mempunyai kelikatan yang tinggi dan sering digunakan sebagai bahan asas untuk produk penjagaan kulit.

Berbeza dengan Fermented HA, ia merupakan bakteria daripada asid laktik yang ditapai. Hasilnya, ia bukan sahaja dapat menambah kelembapan pada wajah. Malah ia membantu mengurangkan jurang stratum korneum kulit, membentuk pelindung kulit, menghalang bendasing dan seterusnya memulihkan skin barrier.  

HADA LABO HYDRATING LOTION

Kesannya, korang dapat lihat kulit akan menjadi lebih sihat dan cerah.

Selain Fermented HA ada 4 lagi asid hyaluronik yang menjadi bahan utama Hydrating Lotion ni iaitu asid hyaluronik besar, sederhana dan Super. Ia berfungsi mengikat dengan menguatkan dan membentuk lapisan perisai yang mengunci lembapan.

Bahan yang terakhir ialah asid hyaluronik nano. Saiz molekulnya yang halus membantu memudahkan proses penyerapan dan meningkatkan kelembapan kulit.

Berbanding produk penjagaan kulit asid hyaluronik lain di pasaran yang mempunyai molekul agak besar. Hada Labo telah membangunkan asid hyaluronik dengan molekul saiz yang berbeza iaitu nano, yang membolehkan ia menembusi setiap lapisan kulit yang berbeza untuk mencapai penghidratan yang sempurna.

Kembalikan keyakinan & pulihkan skin barrier dengan Hada Labo Hydrating Lotion

Lepas ni korang boleh stop invest untuk produk kosmetik yang mahal bagi menutup cela di wajah dan mulakan penjagaan penghalang kulit wajah dengan Hada Labo Hydrating Lotion.

Kalau korang nak tau, produk Hada Labo Hydrating Lotion ni juga bebas paraben, alkohol, pewangi, minyak mineral serta tak mempunyai pewarna. Paling best, lepas guna ia tak meninggalkan rasa iritasi pun!

Hada Labo Hydrating Lotion ni ada dua varian:

Rich: Kulit normal/kering (tekstur lebih pekat)

HADA LABO HYDRATING LOTION

Light: Kulit normal/kombinasi/berminyak (tekstur lebih ringan)

HADA LABO HYDRATING LOTION

Cara nak gunakan pun mudah je, lepas cuci muka, keringkan muka korang dan tuangkan sedikit losen pada tapak tangan, tepuk perlahan sehingga terserap sepenuhnya pada muka. Senang je kan?

Tunggu apa lagi? Kembalikan keyakinan dan pulihkan skin barrier dengan Hada Labo Hydrating Lotion sekarang! 

Dapatkannya di Shopee atau farmasi berdekatan sekarang. Nak tau lebih lanjut tentang produk ni layari laman web rasmi Hada Labo atau ikuti media sosial Facebook.

The post Jom Ketahui Bagaimana Fermented HA Jadi Bahan ‘Ajaib’ Dalam Hada Labo Hydration Lotion! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments