#Hiburan: “Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja” – Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri

Bapa kepada mangsa kelar suami sendiri, Rosman Ahmad, 58, berkata dia tidak menyangka hubungan baik bersama suspek berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Rosman yang ditemui Harian Metro mengakui terkejut apabila menemui anak perempuan bersama cucunya yang baru berusia dua bulan lebih berlumuran darah dan tidak bernyawa akibat dikelar di leher oleh menantunya sendiri.

Advertisement

Kejadian yang berlaku di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru itu telah menyaksikan suspek ditangkap setelah keluar menaiki motosikal dengan hanya berbogel setelah melakukan jenayah itu.

Kata Rosman lagi, anak perempuannya bersama suspek dilihat hidup bahagia dan tidak pernah melihat keduanya bergaduh besar.

Cuma akhir-akhir ini, saya tahu menantu saya tiada pekerjaan tetap selepas berhenti kerja beberapa bulan lalu. Mungkin dia ada masalah tempat kerja.

Dulu dia ada buat kerja pembersihan di stadium, lepas tu dia berhenti kerja. Kemudian saya dapat tahu dia hanya kerja sambilan mencuci kapal di Pasir Gudang dan bantu kerja penyediaan makanan.

Menganggap suspek sebagai menantu yang baik dan bukanlah seorang panas baran, Rosman dan isteri Norazlina Hamdan, 50, berkata bahawa mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku.

Advertisement

“Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik” ujarnya.

Terdahulu, seorang wanita ditemui mati bersama anaknya yang berusia kira-kira dua bulan dengan kesan kelar di leher dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri.

Suspek yang dikenali sebagai Amir itu kemudian dilaporkan melarikan diri dengan menaiki motosikal dalam keadaan berbogel.

Manakala jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu, hari ini.

19 jam lalu

Lelaki 'Ride' Tanpa Seurat Benang Ditangkap Polis, Didakwa Terlibat Kes Bunuh Anak & Isteri Baru Habis Pantang

The post “Menantu Mungkin Ada Masalah Di Tempat Kerja” – Bapa Mangsa Kelar Suami Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments