#Hiburan: “Blackout Challenge” – TikTok Disaman Lepas Jadi Punca Kematian Dua Kanak-Kanak

Baru-baru ini terdapat satu trend di aplikasi TikTok yang dikenali sebagai “Blackout Challenge” iaitu cabaran mencekik diri sehingga pengsan telah menjadi ikutan kanak-kanak.

Menurut laporan The Guardian, TikTok dilaporkan telah disaman di California selepas menjadi punca beberapa orang kanak-kanak meninggal dunia.

Advertisement

Tuntutan yang difailkan menuduh perisian TikTok sengaja dan berulang kali menyiarkan trend yang membawa kepada kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di Texas dan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Wisconsin tahun lepas.

mangsa

Peguam, Matthew Bergman, berkata TikTok melabur berbilion dolar untuk mereka bentuk produk secara sengaja yang mendorong kandungan yang disedari berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian penggunanya.

TikTok perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan kandungan berbahaya kepada dua gadis muda itu.

Advertisement

Saman itu mendakwa bahawa algoritma TikTok telah mempromosikan Blackout Challenge itu kepada setiap gadis yang mati akibat tercekik sendiri, di mana seorang menggunakan tali dan seorang lagi menggunakan tali (leash) anjing.

tiktok

Saman itu juga meminta hakim memerintahkan TikTok berhenti mengaitkan kanak-kanak melalui algoritmanya dan berhenti mempromosikan cabaran berbahaya, serta membayar ganti rugi tunai yang masih belum ditentukan.

Malah, turut disenaraikan kanak-kanak di Itali, Australia, dan tempat lain yang kematian mereka dikaitkan dengan cabaran yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

scammer
2 jam lalu

"Tinggal Sehelai Sepinggang.." - Wanita Kahwin Dengan 'Scammer' Rupanya Terkena Ilmu Pengasih?

The post “Blackout Challenge” – TikTok Disaman Lepas Jadi Punca Kematian Dua Kanak-Kanak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments