#Hiburan: “Harap Sis Kuat..” – Luahan Hati Mizz Nina Di IG Tarik Perhatian Netizen, Ramai Titip Doa Semangat

Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai isu rumah tangga antara penyanyi Noh Salleh dan juga Mizz Nina yang didakwa netizen sedang bergolak.

Namun, perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh vokalis kumpulan Hujan itu dan menganggap peminat telah ‘tertipu’ dengan cerita peribadinya itu.

Advertisement

Hari ini, tular mengenai satu perkongsian yang dimuat naik Mizz Nina di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia kini sedang melalui saat-saat sukar.

Ia sekaligus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya mengucapkan serta mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina.

Advertisement

Sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah,berdepan dengan kesusahan…

…sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekalipun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.

Penuh dengan isi tersirat dan tersurat, Mizz Nina mengakhiri coretannya itu dengan meletakkan segala ketentuan takdir kepada Ilahi.

“Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah S.W.T lebih mengetahui.” tulis ibu kepada seorang anak itu.

Terdahulu, timbul dakwaan yang mengatakan rumah tangga Mizz Nina dan Noh sedang dilanda masalah.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 dan mempunyai seorang anak angkat bernama Musa sebagai penyeri hidup.

noh hujan
6 hari lalu

(VIDEO) Noh Salleh Dikritik Jawab Soalan Wartawan Sambil Hembus Asap Vape, Tapi Ramai Peminat ‘Back Up’?

The post “Harap Sis Kuat..” – Luahan Hati Mizz Nina Di IG Tarik Perhatian Netizen, Ramai Titip Doa Semangat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments