#Hiburan: (VIDEO) Tak Sanggup Tengok Anak Kelaparan, Wanita Ini Pernah Dimarahi ‘Nurse’ Kerana Curi-Curi Buat Susu Formula

Naluri seorang ibu, pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak masing-masing.

Seperti satu perkongsian daripada wanita yang dikenali sebagai Rara Ali ini, dia berasa kesal kerana tidak mampu memberi bayinya susu badan seperti ibu-ibu yang lain.

Advertisement

Menganggap ia sebagai satu dugaan, Rara juga memohon maaf kepada bayinya kerana tidak dapat memberikan susu ibu meskipun dalam hatinya dia berharap dapat berbuat demikian.

Rara juga berkongsi kisah sedihnya itu di TikTok dan sekaligus telah mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Advertisement

Kata wanita itu lagi, dia pernah dimarahi jururawat ketika berada di hospital kerana ‘curi-curi’ bagi susu formula kepada anaknya berikutan tidak sanggup melihat si kecil itu kelaparan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rupanya netizen yang mengalami situasi yang sama seperti Rara malah ada yang lebih teruk lagi.

TikTok

Saya pernah kena cop cacat sebab tak mampu nak bagi anak pertama susu badan. Membesar dengan susu formula je.

Ada juga yang menasihatkan agar tidak mengambil pusing cacian dan kritikan orang lain supaya tidak terkena gejala ‘post partum depression’ di kemudian hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

mainan
3 hari lalu

(VIDEO) "Kau Satu Je, Kau Anak Tiri" - Bapa Belikan Mainan Untuk Anak-Anak, Netizen Tegur Cara 'Bergurau'

The post (VIDEO) Tak Sanggup Tengok Anak Kelaparan, Wanita Ini Pernah Dimarahi ‘Nurse’ Kerana Curi-Curi Buat Susu Formula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments