Kehidupan sebagai pasangan suami isteri itu bukanlah mudah kerana pelbagai dugaan serta ujian yang perlu dihadapi dan tidak semua pasangan mampu untuk menanggung dugaan berkenaan.
Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar pelbagai punca runtuhnya rumah tangga seseorang, seperti seorang wanita ini sudah hilang sabar dengan suaminya setelah suami kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain yang ditemui melalui permainan PUBG.
Melalui perkongsiaan video wanita itu sendiri, dirinya sememangnya kelihatan marah hingga ‘memukul’ dan menghempas televisyen berulang kali.
Difahamkan dari ruangan komen, wanita itu memberitahu ‘orang ketiga’ yang dikenali suaminya di dalam permainan video PUBG itu telah mengikis duit suami.
Oleh kerana itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini berasa sangat marah kerana si suami masih lagi mahu ‘memasang dua’ sedangkan diri sendiri tidak berduit.
Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata berasa kurang senang melihat wanita itu mengambil tindakan untuk menghempas televisyen terbabit dan merasakan dia tidak perlu ‘menyerang’ gadis PUBG itu kerana yang ‘membuka jalan’ adalah suaminya sendiri.
Sedar banyak pandangan daripada warganet, wanita itu langsung tidak peduli jika ramai yang mengetahui masalah rumah tangganya ini dan hanya mahu mencari gadis ‘gatal’ itu hingga dapat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post Kantoi Curang Dengan Gadis PUBG, Netizen Tak ‘Support’ Isteri Nak Serang ‘Penyondol’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments