Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda membuat pengakuan semasa di temubual oleh pihak Utusan bahawa dirinya sekarang ini lebih fokus untuk menjadi usahawan daripada kembali semula ke industri lakonan.
Difahamkan dari laporan Utusan, Izreen tidak mahu terlalu fokus kepada bidang lakonan biarpun telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam beberapa drama.
Menurut beliau, walaupun sudah tidak terlalu aktif dalam bidang lakonan, namun dia masih berasa bahagia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, jika di dalam bidang lakonan, dirinya tidak akan sentiasa dalam bidang lakonan dan setiap pelakon akan melalui fasa naik serta turun ketika berlakon. Selain itu, dia turut berkata pulangan kewangannya yang kini juga lebih banyak jika hendak dibandingkan ketika dia berlakon.
Artikel berkenaan telah di muat naik oleh pihak Utusan di platform Facebook dan ia telah meraih perhatian ramai warganet untuk meninggalkan respon di ruangan komen.
Jika di lihat di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakkannya meninggalkan komen negatif dan meminta agar Izreen berhenti meminta simpati kepada orang ramai.
Malah, dalam pada masa yang sama, ada juga netizen berkata ia merupakan balasan buat pelakon terbabit kerana telah merampas suami wanita lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Balasan Untuk Kau” – Izreen Azminda Akui Kurang Berlakon Tapi Kena Perli Dengan Netizen Isu ‘Penyondol’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments