#Hiburan: “Tinggal Pun Dekat PPR, Kualiti Mesti ‘Low Class” – Makan ‘Oyster’ Mentah Jadi Trend, Individu T20 Minta B40 Jangan Berangan

Sedia maklum, pada zaman ini platform media sosial sememangnya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pengguna-pengguna untuk mengikuti sesuatu trend.

Seperti sejak kebelakangan ini, di platform TikTok ramai TikTokers menikmati satu makanan iaitu tiram mentah yang boleh dikatakan sebelum di hidang di restoran golongan ‘kayangan’ sahaja, tetapi kini boleh didapati dengan harga mampu milik.

Advertisement

Oleh kerana makanan tersebut sudah boleh dinikmati ramai pihak, terdapat seorang individu T20 ini meluahkan rasa kurang senang di Facebook melihat golongan B40 menikmati makanan itu dan menjadikan ia sebagai trend.

golongan t20 tak suka b40 makan tiram mentah

Di dalam hantaran yang dimuat naik itu, individu terbabit seolah-olah saja ingin ‘sekolahkan’ golongan B40 bahawa makanan terbabit sinonim dengan golongan yang kaya saja dan dihidang di restoran mewah.

Tambahannya lagi, sudah pasti lepas ini akan ada banyak menu-menu oyster B40 yang pelik-pelik dan seakan-akan ingin memberi nasihat agar netizen yang tergolong dalam golongan itu untuk berpijak pada bumi yang nyata kerana tidak akan setanding dengan makanan T20.

Advertisement

Dalam pada masa yang, dia sempat memerli golongan B40 agar tidak terkena keracunan makanan dengan memakan oyster ‘murah’ itu.

komen facebook

komen facebook

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu terbabit membuat hantaran sedemikian dan melabelkan individu sebagai riak dengan nikmat dunia yang dimiliki.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

19 jam lalu

"So Apa Masalah Kau?!" - Netizen Tegur Aurat Sharifah Rose 'Tayang' Leher, MUA Terkenal 'Sound' Balik

The post “Tinggal Pun Dekat PPR, Kualiti Mesti ‘Low Class” – Makan ‘Oyster’ Mentah Jadi Trend, Individu T20 Minta B40 Jangan Berangan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments