#Hiburan: “Ni Baby Tua..”- Foto Iqbal Zulkefli Pakai Puting Di Sebelah Anak Angkat Terima Pelbagai Komen Daripada Netizen

Usahawan dan juga penyanyi kontroversi, Iqbal Zulkefli sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia ada memuat naik foto bersama anak angkatnya, Ziyad di Instagram.

Kelihatan comel di samping Iqbal, usahawan itu tidak ketinggalan ‘beraksi’ bersama si kecil Ziyad sehingga mengundang pelbagai respon netizen.

Advertisement

Dalam hantaran itu, Iqbal turut meniru gelagar Ziyad menghisap puting dan turut menulis kapsyen meminta ibu-ibu di luar sana agar melahirkan zuriat dengan lebih banyak agar dia dapat menjaganya.

…agaknya apa reaksi Ziyad apabila besar nanti dia tahu ayahnya aneh tak sama seperti orang lain? Ibu-ibu yang suka beranak tolonglah beranak banyak-banyak bagi saya jaga.

Selain itu, Iqbal turut berjanji akan memberi habuan nasi ayam dan kopi Starbucks kepada ibu-ibu bertuah di luar sana.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa teruja melihatkan baby Ziyad yang sudah besar dan comel.

Ada juga netizen yang mengkritik gaya Iqbal yang didakwa seperti ‘baby tua’.

Terkejut saya baby tua pun ada ya! -netizen

Pengikut media sosial Iqbal juga mendoakan agar bekas kekasih Datuk Seri Vida itu cepat bertemu jodoh dengan wanita yang baik dan dapat memberikannya zuriat secepat mungkin.

iqbal 'back up' siti nurhaliza
3 minggu lalu

"Suka Jatuhkan Bangsa Sendiri!" - Netizen Kutuk Impian Tokti Sepentas Dengan Adele, Iqbal Tampil Bersuara

The post “Ni Baby Tua..”- Foto Iqbal Zulkefli Pakai Puting Di Sebelah Anak Angkat Terima Pelbagai Komen Daripada Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments