#Hiburan: “Sorang-Sorang Cabut Lari” – Tular Kes Kemalangan Ngeri, Lelaki Ini Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Mat Rempit

Hujung minggu lalu, gempar di media sosial mengenai insiden kemalangan maut yang dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu yang mengorbankan empat orang penunggang motosikal.

Tragedi tersebut telah mengundang pelbagai respon dan spekulasi dalam kalangan netizen berikutan lokasi berkenaan sering kali dijadikan tempat ‘mat-mat motor’ melakukan aktiviti perlumbaan haram pada malam hujung minggu.

Advertisement

Kebanyakan netizen mengecam insiden tersebut dan menganggap tindakan ‘merempit’ itu adalah perbuatan yang tidak berfaedah malah menyusahkan orang lain pula.

twitter

Video mengenai insiden tersebut turut menjadi tular di media sosial dan ramai yang bersetuju dengan pendapat seorang individu ini yang mendakwa ‘mat rempit’ akan melarikan diri dan menyelamatkan motor sendiri selepas insiden seperti kemalangan ngeri seperti itu berlaku.

Setuju sangat. Member ramai-ramai tu tukang tengok je pastu blah. Mungkin takut kena soal atau kena tangkap kot? – netizen

Dalam pada itu, ibu kepada salah seorang mangsa, ada meluah rasa kecewa kerana menerima banyak kecaman yang terpaksa diterima berkaitan tragedi yang menimpa anaknya itu.

Kata si ibu, anaknya Muhamad Eizreel,25, berkahwin pada usia muda dan turut mempunyai dua anak berusia lapan dan empat tahun selain isterinya kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Kami kenal hati budi anak kami macam mana. Orang kecam macam-macam mereka tak fikir perasaan kami yang baru hilang anak.

Advertisement

Terdahulu, tiga maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu kira-kira jam 4.40 pagi.

Mangsa yang yang terkorban ialah Muhammad Eizreel Muhamad Roszadi, 25, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani,22, Harith Zikri Bin Yusnizar, 17.

2 hari lalu

"Apa Jenis Orang Lah!'- Netizen Kecam Individu 'Judge' Kawan Sendiri Sebab Pakai Proton Wira

The post “Sorang-Sorang Cabut Lari” – Tular Kes Kemalangan Ngeri, Lelaki Ini Bagi Pesanan ‘Pedas’ Buat Mat Rempit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments