Lapor Astro Awani, lebih 400 jemaah Haji telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan gagal mendapat pelepasan untuk berlepas ke Jeddah, Arab Saudi pada malam semalam.
Jemaah Haji itu diaporkan telah berdaftar dengan sebuah syarikat agensi pelancongan swasta bagi visa furada.
Jemaah Haji terkandas di KLIA.
Difahamkan hampir 400 jemaah tidak dapat terbang ke Jeddah malam ini.
Ada jemaah yg dah buat laporan polis.
Mereka daftar dgn sebuah syarikat travel agency swasta.
Kami sedang dptkan info lanjut dari pihak polis @501Awani #Haji2022 pic.twitter.com/2M0xgVmA0n
— Fareez Azman (@FareezAzmann) July 7, 2022
Menurut salah seorang jemaah Haji dari Kelantan, Marina Abu Zahar,52, mereka telah menunggu daripada jam 12.00 tengah hari selepas selesai taklimat terakhir pada malam sebelumnya yang memaklumkan mereka akan terbang pada jam 4.25 petang Khamis.
Kita berkumpul dari jam 12.00 tengah hari, dia tunda kepada jam 7.00 malam. Sebab keadaan agak tegang, jadi kita cuba bertanya, tapi jawapannya sabar dan sabar.
Sebak dengan keadaan itu, Marina berkata bahawa itu kali pertama dia akan mengerjakan haji namun telah diperdaya oleh sindiket tidak bertanggungjawab.
Malah, pasportnya dan jemaah lain juga masih lagi dipegang oleh agensi perlancongan berkenaan.
Saya cuma nak beritahu kepada ‘Tan Sri’ itu tadi, tolonglah sedar, jangan permainkan agama, jangan perkotak katikkan perasaan orang nak pergi haji.
Lapor agensi berita itu lagi, terdapat kekecohan telah berlaku di KLIA setelah salah seorang ahli agensi perlancongan itu dikerumuni jemaah yang menuntut penjelasan atas perkara yang berlaku.
Namun, keadaan dileraikan oleh beberapa orang Polis Bantuan KLIA.
The post Ditipu Sindiket Swasta, 400 Jemaah Haji Visa Furada Terkandas Di KLIA first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments