#Hiburan: “Wujud Unsur Gharar” – Viral Peniaga ‘Cedok-Cedok’ Di TikTok, Ramai Netizen Tak Tahu Sebenarnya Haram

Tular di TikTok sejak kebelakangan ini apabila ‘trend’ berniaga secara ‘cedok-cedok’ semakin menggila di platform media sosial itu.

Perniagaan secara cedok-cedok ini dilakukan apabila peniaga itu akan menawarkan kepada pembeli seperti contoh, satu cedok barang alat solek yang berharga RM80.

Advertisement

Pembeli tidak boleh memilih barang dan peniaga akan ‘cedok’ barang-barang seperti contoh alat solek di TikTok ‘Live’ secara rawak. Barang yang pembeli akan dapat adalah ‘random’ seperti apa yang dicedokkan oleh penjual itu.

Tetapi tidak ramai yang tahu penjualan secara ‘cedok-cedok’ itu sebenarnya haram kerana mempunyai unsur gharar dan tidak pasti.

Advertisement

Seperti satu perkongsian individu di Twitter ini, jual beli seperti itu adalah batil dan ia diibaratkan seperti ‘membeli di dalam gelap’ serta dinyatakan oleh para ulama sebagai jual beli jahiliyah.

Maka dengan itu, penjual atau pembeli, kedua-duanya adalah diharamkan untuk terlibat dalam aktiviti seperti itu.

warga emas didakwa cabul
19 jam lalu

Tular Warga Emas Cabul Budak Perempuan, Jiran Nafi Tuduhan Sebab Dah Anggap Macam Ahli Keluarga Sendiri

The post “Wujud Unsur Gharar” – Viral Peniaga ‘Cedok-Cedok’ Di TikTok, Ramai Netizen Tak Tahu Sebenarnya Haram first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments