Tular di media sosial hari ini apabila sebuah video menunjukkan seorang lelaki dengan sengaja menampak kepala seorang individu di sebuah masjid, difahamkan baru sahaja menunaikan solat secara berjemaah.
Lapor Harian Metro, tindakan lelaki berkenaan yang merupakan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dilakukan kerana tidak berpuas hati individu di sebelahnya bersalaman usai solat tetapi tidak memandang muka.
Hanya kerana tidak memandang muka semasa bersalaman selepas solat Asar, seorang lelaki menampar belakang kepala seorang jemaah di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM di Lumut, pada Isnin.
Mangsa, seorang tentera, tidak mahu untuk meneruskan kes ini & kes diklasifikasikan NFA- Polis https://t.co/XrZsFxhtSL
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) July 20, 2022
Tamparan itu telah menyebabkan kesakitan dan rasa kurang selesa di kepala mangsa yang juga anggota TLDM di Pengkalan TLDM, Lumut, Perak.
Insiden itu telah berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang di masjid mereka menunaikan solat dan mangsa dilaporkan telah menarik balik laporan polis kerana enggan memanjangkan cerita itu.
Berikutan tularnya video tersebut, netizen turut berasa kesal dengan tindakan pesara TLDM berkenaan apatah lagi baru sahaja menunaikan ibadat solat.
“Buat malu je, dah lah dalam masjid, baru selesai solat..bila ada pangkat ni dah bersara, kena sedar diri kita bukan lagi dalam perkhidmatan. Buang ego, rasa ketuanan, kalau rendah diri baik hati lagi orang respect” komen seorang netizen.
Polis juga tampil menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menularkan video tersebut kerana kes sudah selesai.
The post “Tak Respek Senior..” – Kepala Lelaki Ini Ditampar Pesara TLDM Hanya Kerana Salam Tak Pandang Muka first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments