Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter apabila seorang isteri meluahkan rasa kecewa dengan suami kerana tergamak menduakan dirinya dengan bermain ‘cinta online’ bersama perempuan lain.
Wanita itu memaklumkan perkara ini baru saja diketahui dirinya selepas suami kantoi berdua-duaan dengan perempuan terbabit dan belum lega dengan kecurangan suaminya itu, terdapat satu lagi ‘rahsia’ yang diketahui oleh dia.
Menurut wanita itu, dia telah memeriksa telefon bimbit suami dan alangkah hancurnya hati dia setelah mendapati suami pernah download pelbagi aplikasi dating apps di dalam telefon bimbitnya terpaksu Omi.
Kenapa dah kahwin, tapi masih lagi download dating apps? pic.twitter.com/D43QMX9JkW
— TwtWedding (@twtmalaywedding) July 20, 2022
Tidak mahu terus menerus makan hati dengan si suami, wanita itu mengambil tindakan untuk berhadapan dengan suami dan bertanya bagi mendapatkan kepastian hingga menyuruh suami bersumpah di hadapan Al-Quran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Tambahannya lagi, di sebabkan sikap suaminya yang tidak jujur sebelum ini membuatkan dia berasa was-was ingin memberi peluang kedua biarpun sudah memaafkan.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan ramai warganet yang melihat ciapan itu berasa terkejut kerana terdapat individu yang juga merupakan seorang suami berkata itu merupakan lumrah lelaki yang akan berasa bosan dalam perkahwinan biarpun menyayangi isteri.
Individu itu turut mengakui dirinya juga bermain dating apps biarpun sudah bergelar suami, cuma mahukan perkara baru saja.
Dalam pada masa yang sama, ramai netizen yang nasihat kepada wanita itu untuk tidak terus menyeksa dirinya seandainya keadaan sudah semakin teruk dan meminta dia untuk membuat keputusan yang terbaik untuk diri serta anak-anak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Kami Perlukan Benda Baru” – Isteri Sedih Suami Kemaruk Main ‘Dating Apps’, Ada Netizen ‘Back Up’ Kata Itu Lumrah Lelaki? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments