Baru-baru ini, di media sosial tular satu video memaparkan seorang wanita menunjuk-nunjuk berkenaan hubungannya dengan seorang yang berpangkat tinggi di dalam jabatan awam.
Di dalam video yang dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter ini, ia memaparkan dua orang wanita di dalam sebuah kereta.
Apa yang membuatkan video berkenaan menarik perhatian ramai, wanita itu dengan riaknya memaklumkan pakciknya yang memegang jawatan yang tinggi dalam jabatan awam itu datang melawatnya.
Susulan perkongsiaan video itu, ramai warganet meninggalkan pandangan mereka tentang gadis terbabit dan rara-rata berkata dia hanya menunjuk kepada khalayak ramai saja.
Dalam pada masa yang sama, ada juga seorang netizen yang berkata wanita itu menipu dan kereta yang ditayangkan itu bukan milik pakciknya.
Terbaharu, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak telah menafikan dakwaan kereta rasmi Pengarah jabatan itu digunakan atas urusan peribadi dan Pengarah JKR Perak berkata dirinya sama sekali tidak mengenali gadis terbabit.
Oleh kerana tular dan dakwaan yang dilakukan berunsur penipuan, siasatan terhadap isu berkenaan akan dijalankan agar tindakan dapat diambil.
The post “Eee Kantoi Tipu!” – Wanita ‘Riak’ Pakcik Berjawatan Tinggi, Pengarah JKR ‘Direct’ Kata Tak Kenal Langsung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments