#Hiburan: “Mulut Lancang” – Adik Bongsu ‘Stress’ Kakak Asyik Perlekeh Gaji Tapi ‘Lepas Tangan’ Bab Jaga Mak Ayah

Hubungan adik beradik tidak semestinya sentiasa dalam keadaan baik walaupun mempunyai kaitan yang kuat antara satu sama lain.

Apa yang lebih membimbangkan apabila ada antara adik beradik yang berbalah akibat salah seorang daripadanya merasakan diri lebih berkuasa berbanding yang lain.

Advertisement

Perkara tersebut dialami oleh seorang wanita apabila dia terpaksa berhadapan dengan kakak yang sesuka hati menyindir kehidupan yang dilaluinya.

Menurutnya dalam satu ciapan di Twitter, dia sangat terkesan apabila kata-kata yang dikeluarkan dari mulut kakaknya seakan-akan memandang rendah terhadap apa yang dilakukan hanya kerana tidak bergaji tinggi walaupun menuntut sehingga ke peringkat ijazah.

Advertisement

Selain itu, wanita yang tidak diketahui identitinya turut menyatakan bahawa pernah mencari cara untuk membunuh diri sendiri di Google kerana rasa hilang pertimbangan.

Tambahnya lagi, dia bekerja berdekatan dengan ibu bapanya kerana memikul tanggungjawab menjaga kedua-dua orang tuanya yang diabaikan oleh adik beradik lain.

Siblings yang tua semua macam tak ada otak, harapkan I yang bongsu ni

Wanita berusia 27 tahun itu juga berkongsi kakaknya turut mengutuk status dirinya yang dalam keadaan bujang dan menyuruhnya untuk berkahwin selepas menopos.

Wanita itu kadangkala mempersoalkan takdir kerana terpaksa menghadapi dugaan yang berat dan membebani fikiran.

Perkongsian itu mendapat simpati netizen dan ramai yang mendoakan supaya segalanya menjadi lebih baik dan wanita itu terus kuat menghadapi cabaran hidup.

1 bulan lalu

Wanita 'Viral' Marah Anak Dalam Bas Rupa-Rupanya 'Stress' Suami Kena Tahan Dan Dihalau Mentua

The post “Mulut Lancang” – Adik Bongsu ‘Stress’ Kakak Asyik Perlekeh Gaji Tapi ‘Lepas Tangan’ Bab Jaga Mak Ayah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments