Baru-baru ini tular tentang seorang pelawak wanita yang dianggap menghina Islam ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah cafe di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Dalam video tular berkenaan, rakaman memaparkan wanita itu yang berpakaian lengkap berbaju kurung dan bertudung tiba-tiba mendedahkan sisi auratnya selepas memberitahu penonton bahawa dia telah menghafal 15 juzuk al-Quran.
Penularan video itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk pelawak Afdlin Shauki yang turut memberi pandangan terhadap isu tersebut.
Dalam coretannya di Facebook, dia sekeras-kerasnya melaknat mana-mana pihak yang membuat ‘content’ menghina agama Islam dan berharap penghina agama Islam dikenakan tindakan sekeras-kerasnya.
Akan tetapi, Afdlin tidak bersetuju dengan penutupan sementara kelab Comedy Crackhouse kerana menurutnya penutupan itu menyentuh periuk nasi pelawak lain yang mencari rezeki menerusi komedi.
Afdlin berkata bahawa pihak yang perlu dikenakan tindakan adalah pihak yang bersalah dan tidak sepatutnya tempat itu ditutup hanya kerana kesalahan beberapa pelawak.
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan Afdlin yang dianggap mempertahankan penganjur dan tidak sensitif dengan perihal agama sendiri.
The post “Saya Tak Menyokong Penghina Islam!” – Afdlin Shauki Dikecam Netizen Kerana Pertahankan Penganjur Kelab Komedi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments