#Hiburan: “Saman Tetap Saman!” – Puteri Sarah Tak Rasa Pelik Kalau Syamsul Yusof Bayarkan Saman Ira Kazar

Masalah rumah tangga yang sedang di hadapi oleh pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof disebabkan orang ketiga masih menjadi topik utama perbualan orang ramai.

Lagi-lagi apabila Sarah telah mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga terbabit iaitu Ira Kazar yang telah menganggunya serta rumah tangga yang dibina bersama suami.

Advertisement

Sarah ada berkongsikan satu hantaran sebelum ini di dalam Instagramnya dan ia telah membuatkan ramai berasa kagum melihat kekuatan dirinya melawan semula.

Namun, ada juga netizen mempersoalkan sama ada Sarah sudah melihat video yang sudah tular memaparkan Syamsul bersama pelakon Kazar di sebuah kedai emas.

Advertisement

Menjawab pertanyaan berkenaan, Sarah sama sekali berkata tidak kisah, malah tidak berasa hairan jika Syamsul mahu membayar saman yang dikenakan kepada Ira Kazar.

Janji saman tetap saman dan masuk kes jenayah.

Sekadar info, Puteri Sarah tetap pendirian menyaman Ira Kazar dan kini pihak mahkamah telah menetapkan orang ketiga terbabit tidak boleh menganggu ibu kepada dua orang anak itu lagi.

18 jam lalu

"Dia Psiko Bini Sendiri" - Buat 'Content' Di Kedai Emas Dengan Kazar, Netizen Kecam Syamsul Tak Jaga Hati Puteri Sarah

The post “Saman Tetap Saman!” – Puteri Sarah Tak Rasa Pelik Kalau Syamsul Yusof Bayarkan Saman Ira Kazar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments