Tindakannya memadam gambar bersama suami termasuk oto perkahwinan mereka menimbulkan tanda tanya ramai netizen tentang status rumah tangga mereka.
Menurut mStar, tinjaun ke Instagram Noor Nabila, 37, mendapati usahawan itu juga turut menukar gambar profil di Instagram peribadinya itu.
Bukan itu sahaja, gambar berdua bersama anak lelakinya, Jebat Jayden ketika Hari Raya Aidiladha baru-baru ini turut mendapat pelbagai reaksi dan komen apabila netizen bertanyakan keberadaan Engku Emran.
Nabila juga menguatkan lagi spekulasi selepas dia dikatakan memuat naik perkongsian di Instagram story petikan tentang kehadiran yang tidak dihargai dan juga tentang usaha dalam sesebuah hubungan namun tidak mendapat perhatian daripada pasangan.
Menerusi petikan lain, Nabila turut berkongsi tulisan Jade Torres yang mengatakan bahawa seseorang itu berhak mendapat pasangan yang sesuai dan menyedari cinta, bukannya bertepuk sebelah tangan.
Terdahulu, gosip tentang perkahwinan pasangan itu dikatakan berantakan dan pada Jun lepas juga timbul khabar angin bahawa hubungan mereka bermasalah.
Nabila menafikan dakwaan itu dan memaklumkan rumah tangganya dalam keadaan baik selain berkata dia memilih untuk menjaga privasi daripada menjadi tatapan umum.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Padam Gambar Nikah & Foto Bersama Engku Emran, Status Rumah Tangga Noor Nabila Jadi Tanda Tanya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments