#Hiburan: (VIDEO) Tak Puas Hati Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Lelaki Langgar Kereta Bekas Tunang Sampai Remuk

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai insiden perlanggaran kereta yang disengajakan oleh seorang lelaki dipercayai bekas tunang kepada seorang wanita.

Kejadian itu berlaku kerana lelaki berkenaan tidak berpuas hati kerana tali pertunangan telah diputuskan oleh wanita berkenaan.

Advertisement

Perkara tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sandakan, Abdul Fuad Abdul Malek yang memaklumkan bahawa wanita berusia 20-an itu membuat laporan di Balai Polis Sandakan pada hari sama.

Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku kira-kira 2 petang, apabila suspek berusia 20-an yang memandu Perodua Viva bertindak merempuh kereta mangsa.

Mangsa adalah bekas tunang suspek dan ketika kejadian, mangsa tidak berada di dalam kenderaannya.

Fuad juga memberitahu bahawa suspek kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

3 hari lalu

Wanita Ditahan Disyaki Bunuh Suami Didapati Positif Dadah, Pernah Ada Rekod Lampau Berkaitan Kes Jenayah

The post (VIDEO) Tak Puas Hati Hubungan Putus Di Tengah Jalan, Lelaki Langgar Kereta Bekas Tunang Sampai Remuk first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments