Sejak kebelakangan ini, kita sering kali disajikan dengan cerita mengenai pengguna pengangkutan awam seperti LRT, MRT yang tidak bertanggungjawab, biadab dan sebagainya.
Seperti satu perkongsian individu ini di Twitter, dia ada meluahkan perasaan tidak puas hati apabila seorang pengguna LRT telah meletakkan beg di tempat duduk bersebelahan.
Malah, individu itu turut mengambil foto pengguna LRT berkenaan dan memuatnya di Twitter.
Dear @MRTMalaysia what is the best way to teach this boy that seats are not meant for his bag? And despite knowing many are standing including olderlies & pregnant women, he seems to be dumb. This was in Pasar Seni route. pic.twitter.com/JitkcjfZER
— Mohd Firdaus (@azaleaqaireen) July 19, 2022
Namun, perkongsian individu itu menerima respon yang berbeza daripada netizen di mana rata-ratanya tampil mengecam tindakan individu berkenaan.
Kata netizen, tidak perlu untuk memuat naik foto penumpang berkenaan di media sosial hanya kerana ingin membuka aib tetapi boleh sahaja memberi teguran secara langsung ketika berada dalam tren berkenaan.
Susahnya la nak tegur sampai kena melalui orang tengah. Pastu satu hal pula orang tengah cari tweet handle budak ni. Dah depan mata tu tegur jela kalau nak duduk atau nak bagi orang lain duduk.
Setelah menerima kecaman hebat daripada netizen, individu yang memuat naik foto tersebut berkata bahawa bukan dia yang mengalami situasi tersebut dan berasa menyesal menggunakan bahasa Inggeris dalam tweet aduannya itu.
Semakin keliru dengan tindakan individu itu, netizen masih lagi menghentam dan merasakan pengguna twitter itu sekadar ingin meraih populariti ataupun menjadi ‘viral’ namun tersilap langkah.
“Dah kena kecam baru sedar diri tu bangang” balas seorang netizen.
Tak salah nak tegur tapi tengok situasi lah ye!
The post Tak Puas Hati Dengan Penumpang LRT Biadab, Tetapi Pengadu Ini Dihentam Oleh Netizen Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments