Setiap insan pastinya mempunyai minat dan hobi masing-masing tidak kiralah lelaki mahupun perempuan.
Ada hobi yang menelan belanja yang banyak, tapi asalkan tidak mengganggu urusan orang lain di sekeliling maka ia tidaklah menjadi suatu masalah.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan sebuah kereta jenis Honda Civic yang mengalami kesukaran gara-gara diubah suai menjadi rendah dan tayar seakan ‘terkepak’ keluar.
— * (@anthraxxx781) July 13, 2022
Modifikasi ‘stance’ seperti itu memang diketahui sangat terkenal di negara Jepun dan kini menjadi popular sehingga ke seluruh dunia.
Namun, keadaan kereta individu ini membuatkan dirinya berada dalam kesusahan kerana kenderaannya tidak dapat bergerak di atas permukaan jalan yang tidak rata.
Dalam video tersebut, kereta itu dilihat ‘struggle’ untuk bergerak malah pergeseran yang berlaku turut menyebabkan ia bertambah rosak dan bercalar.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasakan penggubahan kereta itu tidak praktikal jika ia digunakan untuk aktiviti harian dan turut mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang lain.
Kata netizen lagi, kereta-kereta jenis itu hanya sesuai untuk dipamerkan di sebarang acara-acara permotoran dan bukannya untuk dipandu.
The post (VIDEO) “Tak Pasal Sangkut” – Ubah Suai Terlalu ‘Lowered’, Pemandu Honda Civic Terseksa Nak Pandu Kereta Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments