Kehadiran pihak ketiga dalam rumah tangga sememangnya sesuatu yang amat menyakitkan dan sukar untuk diterima oleh mana-mana pihak.
Apatah lagi, bila mendapat tahu bahawa hubungan yang dijalinkan telah berlangsung selama bertahun-tahun dan terpaksa bersikap pasrah terhadap apa yang berlaku.
Situasi yang sama dilalui oleh pelakon, Puteri Sarah Liyana apabila keadaan rumah tangganya goyah akibat kehadiran orang ketiga.
Walau bagaimanapun, Puteri Sarah telahpun membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas dicabar oleh wanita berkenaan.
Terbaharu, pelakon itu ‘membahasakan’ seorang netizen apabila individu itu memberi komen di Instagram tentang kemampuan suaminya untuk berpoligami.
Netizen tersebut meminta supaya pelakon yang berusia 37 tahun itu menerima dengan hati yang terbuka sekiranya suami hendak berkahwin lain atas sebab agama membenarkan perkara berkenaan.
Namun begitu, Puteri Sarah lantas membidas komen ‘toxic’ berikut dengan menerangkan bahawa terdapat perbezaan antara ‘kahwin cepat’ dengan perbuatan ‘maksiat’ yang dikatakan berlangsung selama 4 tahun.
Walau apa pun, berharap agar segalanya berjalan lancar bagi Puteri Sarah dan keluarganya dan konflik dapat diselesaikan dengan segera.
The post “Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Maksiat”- Netizen ‘Toxic’ Kena ‘Setepek’ Dengan Puteri Sarah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments