#Hiburan: “Tak Menarik Sebab Tu Tak Singgah” – Kongsi Cerita Kedai Cik B Disihir, Ramai Netizen Tak Percaya DSV?

Beberapa hari yang lalu, usahawan terkenal iaitu Datuk Seri Vida atau lebih dikenali sebagai DSV memaklumkan kepada umum bahawa kedai milik anak sulungnya, Cik B telah disihir oleh si pendengki.

Menurut DSV, kedai milik Cik B itu terletak di kawasan yang strategik dan berhampiran dengan jalan raya, namun dia berasa pelik apabila ada pelanggan yang mengadu tidak menjumpai premis terbabit walaupun sudah lama mencari.

Advertisement

Melalui video yang di muat naik, DSV berkata dia sudah mengetahui ‘dalang’ yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tetapi tidak mahu membuka aib individu berkenaan.

Pada mulanya enggan mempercayai perkara karut ini, tetapi akhirnya usahawan ini membuat rawatan Islam dan nekad untuk menebang pokok pisang berdekatan kedai anaknya itu kerana didakwa mempunyai ‘benda’ disitu.

Advertisement

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui memang tidak dapat melihat kedai milik Cik B itu dan ada juga berkongsikan kisah yang lebih kurang sama seperti apa yang dialami oleh usahawan tersebut.

Tetapi ada juga netizen yang tidak mempercayai cerita yang dikongsikan oleh DSV itu dan beranggapan barangkali anaknya itu masih belum mempunyai rezeki untuk mendapat pelanggan yang ramai.

Dalam pada masa yang sama, ada yang berkata kedai itu tidak menarik perhatian untuk di singgah, sebab itu tidak mendapat sambutan yang hangat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

21 jam lalu

"Alhamdulillah, Syukur"- Hasil Buat Bisnes, Balu Abam Bocey Berjaya Miliki 'Vellfire' Sendiri

The post “Tak Menarik Sebab Tu Tak Singgah” – Kongsi Cerita Kedai Cik B Disihir, Ramai Netizen Tak Percaya DSV? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments