#Hiburan: “Dah Baligh Kot” – Individu Anggap Kahwin Di Usia 12 Tahun Tak Salah & Boleh Elak Maksiat, Netizen Rasa Jijik

Sejak kebelakangan ini, kita sering dengar berita mengenai pelajar yang masih di bangku sekolah mendirikan rumah tangga biarpun status kewangan serta diri masih belum stabil.

Susulan itu, negeri Terengganu melarang lelaki berusia 18 tahun ke bawah dan perempuan berusia bawah 16 tahun untuk berkahwin kecuali dengan hanya mendapat kebenaran hakim syarie.

Advertisement

Berita itu mendapat perhatian ramai dan terdapat satu respon yang telah ditinggalkan di ruangan komen hantaran Harian Metro yang di kongsikan semula di platform Twitter telah tular kerana kebanyakkan berasa ‘jijik’ dengan cara individu terbabit memberi respon.

Menurut individu itu, tidak salah untuk mereka dibawah umur berkahwin jika sudah mempunyai pekerjaan dan berkata umur 12 tahun juga sudah baligh, jadi tidak perlu menunggu lama.

Advertisement

Individu terbabit merasakan pihak atasan tidak sepatutnya menghalang satu kebaikan dan ini merupakan jalan penyelesaian dari kegiatan maksiat berleluasa.

komen twitter

komen twitter

komen twitter

Sememangnya apabila melihat di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata merasakan pandangan individu berkenaan tidak masuk akal memandangkan umur 12 tahun itu terlalu muda untuk seseorang mendirikan rumah tangga serta memikul tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri.

Netizen juga berpendapat, budak-budak yang mengamalkan perkahwinan bawah umur ini tidak matang kerana mereka hanya memikirkan keseronokkan dan terlalu mengikuti trend.

Dalam pada masa yang sama, ada yang meluahkan rasa kecewa melihat generasi muda ketika ini yang terlalu memikirkan soal perkahwinan hingga lupa dan abaikan pembelajaran. Walhal, itulah yang dapat menentukan masa depan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

izzah
2 bulan lalu

(VIDEO) 'Score' 10A SPM Tapi Kahwin Awal & Tak Sambung 'Study', Gadis Diceraikan Kini Kerja F&B

The post “Dah Baligh Kot” – Individu Anggap Kahwin Di Usia 12 Tahun Tak Salah & Boleh Elak Maksiat, Netizen Rasa Jijik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments