Kecoh media hiburan sejak hujung minggu lalu apabila timbul spekulasi mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila yang didakwa sedang mengalami masalah.
Ini berikutan hasil carian netizen yang mengatakan bahawa Nabila sudah memadam kesemua foto bersama suaminya, Engku Emran di Instagram.
Hanya foto dirinya bersama anak lelaki, Jebat Jayden yang ada di media sosial itu sejak dari Hari Raya Puasa hingga Raya Korban baru-baru ini.
Namun, hasil carian di akaun Instagram Engku Emran pula menunjukkan sebaliknya.
Kali terakhir Engku Emran memuat naik foto mereka berdua ketika hari ulang tahun perkahwinan mereka pada bulan Mac yang lalu.
Sehingga artikel ini ditulis, status rumah tangga mereka masih menjadi tanya apabila kedua-duanya hanya mendiamkan diri.
Terdahulu, Noor Nabila pernah diajukan soalan yang sama mengenai kehidupan peribadinya itu namun dia menafikan dakwaan buruk serta memaklumkan bahawa dia dan Engku Emran masih berada dalam keadaan harmoni.
Ujar Nabila, dia memilih untuk menjaga privasi perkahwinan mereka daripada tatapan umum dan bukannya bermaksud rumah tangganya retak menanti belah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2021 dan merupakan kali kedua buat Noor Nabila dan kali ketiga buat Engku Emran.
The post Noor Nabila Padam Habis Foto Suami, Tapi Instagram Engku Emran Lain Pula Yang Ditemui? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments