Tular di media sosial Instagram mengenai satu video di mana seorang lelaki sedang berhadapan situasi di mana anak lelakinya inginkan coklat lolipop yang berada di dalam kotak.
Namun, si bapa kemudiannya berasa sedikit tergamam kerana coklat lolipop di dalam kotak itu sebenarnya adalah kondom sebuah jenama popular.
View this post on Instagram
Kotak kondom itu sebenarnya telah direka seperti coklat lolipop berkenaan yang menggambarkan ‘rasa’ produk tersebut.
Berikutan itu, si bapa kemudian berharap pihak syarikat kondom berkenaan mereka semula kotak kondom berkenaan agar tidak disalah erti oleh kanak-kanak bawah umur.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berasa kelu dan mengundang pelbagai reaksi dan respon melihatkan gelagat kanak-kanak itu.
“Sebab benda tu memang di rak paras budak-budak. Kalau pergi kedai serbaneka pun, aku risau juga anak aku ambil benda tu sebab letak kat bahagian rendah je.” komen seorang netizen.
The post (VIDEO) Anak Ingat Coklat Rupanya Kotak Kondom, Si Bapa Gesa Agar Tukar ‘Design’ Paket Supaya Tak Keliru first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments