Usahawan terkenal Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 51, menjawab cadangan netizen yang menjodohkannya dengan pengarah Michael Ang.
Dalam temu bual bersama mStar, Vida menyatakan bahawa dia perlu berfikir beberapa kali jika hendak menerima Michael sebagai suami kerana kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang tidak sesuai antara satu sama lain.
Nak kawin dengan Michael Ang macam mana, dia mulut laser, saya pun mulut laser, belum sempat apa periuk dah berterbangan.”
Vida juga memberitahu bahawa dia mempunyai masalah mendekati lelaki kerana selalunya hubungan tersebut akan berakhir dengan membenci sesama sendiri.
Selain itu, Datuk Seri Vida turut menerangkan bahawa dia mahukan seseorang yang tidak ‘banyak mulut’ dan sentiasa menyokongnya jika dia berada dalam perhubungan.
Mengulas lebih lanjut tentang kehidupan yang berstatus bujang, Vida memberitahu bahawa dia selesa hidup bersama anak-anak kerana bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya.
Sangat selesa, nak buat apa pun boleh, nak tidur pukul berapa pun boleh…”
Walau apa pun, kita doakan supaya Datuk Seri Vida menjumpai seseorang yang baik dan sesuai dengannya suatu hari nanti.
The post (VIDEO) “Kena Fikir Dua Kali”- Netizen Jodohkan Dengan Michael Ang, DSV ‘Explain’ Lebih Selesa Hidup Bujang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments