Beberapa hari yang lalu, perkongsian pelakon Nadya Syahera meluahkan perasaan mengenai rasa ‘penat’ dengan perangai suaminya telah menarik perhatian orang ramai.
Di dalam perkongsian yang dibuat, Nadya memberitahu dirinya berasa tertekan kerana terpaksa menjaga hal rumah tangga seorang diri tanpa bantuan suami disisi yang berada di Thailand atas urusan kerja.
Nadya juga mengakui kini dia sedang mengalami masalah rumah tangga, namun dia dan suami tidaklah bergaduh besar cumanya kurang berkomunikasi di antara satu sama lain.
View this post on Instagram
Berikutan perkongsiannya mengenai hal rumah tangga di media sosial, pelakon terbabit berkata dia telah dimarahi suami kerana kecewa dengan tindakan melulunya itu.
Dalam pada masa yang sama, aktres itu mengakui tidak mempunyai sebarang niat untuk membuka aib suami kerana hantaran yang dilakukan sebenarnya dibuat secara rawak.
Sedar atas kesilapan yang dilakukan, Nadya memohon maaf kepada semua pihak yang berasa kurang senang dengan luahannya itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada netizen yang menegur dengan kata-kata yang positif.
Sekadar info, suami kepada Nadya Syahera itu juga ada memohon maaf kepada umum kerana terlalu mengajar ‘target’ jualan hingga terlepas pandang dirinya telah melukakan hati isteri.
The post “Saya Nak Perhatian Dia Je..” – Dikecam Buka Aib Suami, Nadya Syahera Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments