#Hiburan: “Pelik Dan Menakutkan” – Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Rumah Zalina Azman

Kisah kehilangan bekas personaliti TV3, Zalina Azman masih lagi menjadi topik bualan hangat dalam kalangan netizen berikutan cara kehilangan wanita itu yang sangat ‘tiba-tiba’.

Difahamkan, Zalina Azman telah menghilangkan diri tanpa mengambil barangan penting seperti kad pengenalan, kad bank dan juga lesen memandu malah tidak diketahui oleh ahli keluarganya sendiri.

Advertisement
zalina azmanSumber : YOUTUBE  

Menurut laporan, anak lelaki Zalina, Mikhael Norman ada membuat cubaan menghubungi ibunya itu sejak 24 November 2021 namun gagal.

Malah, Mikhael ada pergi ke rumah Zalina dan mendapati kediaman ibunya itu berada dalam keadaan berselerak dan tidak tersusun. Selain itu, kereta Zalina masih berada di perkarangan rumah serta menjumpai kad-kad penting serta wang tunai berjumlah RM600.

rumah Azalina AzmanSumber : YouTube Buletin Utama  
Rumah Azalina AzmanSumber : YouTube Buletin Utama  

Berita kehilangan Zalina turut dihebahkan di media dan saluran berita utama sekaligus menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan rakan media dan juga netizen.

Advertisement

Netizen mula membuat teori-teori kehilangan Zalina memandangakan rumah personaliti TV itu juga seperti lokasi penggambaran filem hantu yang seram.

Anda boleh lihat laporan berita kehilangan Zalina Azman di sini.

Lebih memeranjatkan lagi, jiran Zalina sebenarnya tidak mengetahui bahawa rumahnya itu didiami oleh wanita itu selepas berita mengenai kehilangannya mula disebarkan.

Pihak polis masih dalam usaha untuk menjejaki bekas personaliti dan pembaca berita stesen TV3 ini dan turut mengalu-alukan info daripada orang ramai.

individu jumpa wanita mirip Zalina Azman
1 hari lalu

"Dia Kata 'Saya Takut Besi'.." - Individu Dakwa Jumpa Wanita Mirip Zalina Azman Dalam Keadaan Ketakutan?

The post “Pelik Dan Menakutkan” – Netizen Seram Lihat Keadaan Terkini Rumah Zalina Azman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments