Siapa sangka hidangan daging singgang merupakan makanan yang terakhir dinikmati oleh seorang jejaka bernama Wan Azlan selepas dilaporkan mengalami sesak nafas dipercayai tercekik.
Difahamkan melalui laporan Harian Metro, selepas pulang dari kerja kira-kira jam 5.15 petang, jejaka itu bergegas ke dapur untuk memanaskan daging singgang sebelum makan.
Namun, kakak kepada mangsa memberitahu adiknya sebelum ini tidak pernah memakan juadah tersebut kerana lauk kegemarannya hanyalah ayam.
Bukan itu saja, kakaknya turut memberitahu mangsa juga tidak boleh makan ikan kerana trauma pernah tercekik tulang dan menurutnya lagi, berkemungkinan besar adiknya terus menelan daging yang dimakan walaupun sedikit liat ketika itu.
Tambahannya lagi, adiknya sempat meronta-ronta meminta tolong kepada ibunya dengan memberitahu dirinya sedang tercekik serta sukar untuk bernafas.
Pada masa itu saya juga cuba membantu arwah tetapi tidak berjaya namun sempat meminta arwah mengucap sebelum dia tidak sedarkan diri.
Dalam pada itu, dia memberitahu adiknya segera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Dia Sempat Meronta..” – Terus Telan Daging Liat, Lelaki Temui Ajal Selepas Nikmati Daging Singgang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments