Kalau sebut saja nama pelakon Nadya Syahera, kita pasti terbayang sifatnya yang sangat ceria serta sering menghiburkan orang ramai dengan karenahnya yang kuat melatah itu.
Tetapi siapa sangka, wanita seceria Nadya juga ada memendam perasaan ‘berat’ dihati kerana suaminya yang sering sibuk bekerja di perantauan dan jarang membantunya di rumah.
Lebih menambahkan emosi di hati apabila suami sempat keluar ‘lepak’ bersama rakan-rakan, sedangkan Nadya bersusah-payah menguruskan hal-hal rumah tangga seorang diri tanpa bantuan suaminya dan disebabkan itu fikirannya juga terganggu kerana sering memendam perasaan.
View this post on Instagram
Tambahannya lagi, dia turut berasa tersinggung dengan suaminya yang seakan-akan tidak mempedulikan tentang dirinya setiap kali Nadya ingin berkongsikan masalah yang dihadapi.
Dalam pada itu, pelakon ini turut mengakui sejak kelahiran anak bongsu mereka pada Mac lalu, dia tidak mempunyai me time yang berkualiti selain tidak mengambil khidmat pengasuh untuk menjaga anak-anaknya.
Biarpun gembira menuruti segala permintaan anak-anak, tetapi Nadya akui dirinya rasa bersalah terhadap mereka kerana sering terkena tempias apabila pelakon itu dalam keadaan tertekan serta sedih.
Sekadar info, Nadya serta suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohammad Dayyan, 6, dan yang terakhir Muhammad Barr, 3 bulan.
The post “Dia Boleh Lepak Bershisha..” – Kak Bed Luah ‘Penat’ Dengan Suami, Akui Pernah Lepas Geram Pada Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments