Sejak kebelakangan ini, status hubungan selebriti Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menjadi tanda tanya warganet setelah kedua-dua memuat naik ayat-ayat sedih di media sosial.
Baru-baru ini, tweet yang dimuat naik oleh pelakon berusia 29 tahun itu telah menarik perhatian ramai kerana ia seakan-akan memberi bayangan bahawa hubungan mereka sedang goyah ataupun berakhir.
Guess its true when they said ‘some people are only meant to be in our memories’
— Aedy Ashraf (@aedyxashraf) July 29, 2022
Ciapan itu telah membuat warganet tertanya-tanya mengenai status hubungan mereka dan tidak menyangkakan ia akan berlaku kerana pasangan ini dilihat amat bahagia bersama.
Lebih mengejutkan netizen apabila dapat tahu Aedy dan Amelia sudah tidak lagi mengikuti antara satu sama lain di platform media sosial seperti Instagram.
Hal itu membuatkan ada segelintir netizen mempertikai kenapa perlu ‘unfollow’ satu sama lain apabila sudah tidak lagi mempunyai sebarang hubungan, lagi-lagi mereka merupakan selebriti dan di Malaysia, industri seni sangat kecil, jadi kebarangkalian untuk berlakon bersama sangat tinggi.
Sekadar info, sebelum ini Aedy telah membuat ramai pihak terkejut apabila dia telah ‘melamar’ Amelia untuk menjadi teman wanita di khalayak ramai yang berada di Absolut Food Festival 2022 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Mac lalu.
The post ‘Unfollow’ & Buat Status Sedih, Kisah Cinta Aedy Ashraf & Amelia Henderson Dah Berakhir? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments