#Hiburan: “Berlubang Dada Kena Tebuk”- Nak Lari Dari Rokok, Wanita Ini Terkesan Lihat Derita Penghisap Vape

Tidak dinafikan agak sukar bagi perokok tegar untuk berhenti menghisap rokok dan kebanyakan mereka memilih untuk menggunakan rokok elektronik sebagai pengganti malah menjadi ikutan anak muda kala ini.

Namun begitu, masih belum ada kajian yang membuktikan bahawa penggunaan rokok elektronik ini berkesan bagi mengatasi ketagihan terhadap rokok.

Advertisement

Tular pula baru-baru ini mengenai foto dan video yang memaparkan pengguna rokok elektronik yang menderita kesan daripada alat tersebut.

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan mendakwa ramai penghisap rokok elektronik telah mengalami gejala paru-paru rosak dan ditebuk organ bagi mengeluarkan cecair racun.

Advertisement

Jangan hisap pod disposable yang tengah viral sekarang. Maybe lagi bahaya dari rokok. Pod ini sangat bahaya kepada paru-paru kita.

Malah, dia turut berkongsi kisah yang dialami rakannya yang turut merana kerana terpaksa ditebuk paru-paru akibat menggunakan pod atau vape ini.

Dalam pada itu, individu itu berkata dia hanya ingin memberi kesedaran kepada mereka di luar sana yang berniat untuk mencuba menghisap rokok elektronik dan bukannya untuk menutup pintu rezeki mahupun menjatuhkan sebarang jenama berkaitan vape atau pod ini.

vape tebuk dadaSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju mengenai bahaya menghisap vape serta berharap agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan perbuatan sia-sia ini.

“Betul, mak saya nurse bahagian jantung. Hari-hari balik kerja cerita ada saja yang kena tebuk sebab vape atau pod ni. Muda-muda pula tu” komen seorang netizen.

Facebook
20 jam lalu

"Buat Apa Je Kat Rumah?" - Suami Tanya Aktiviti Isteri Tak Bekerja, Wanita Ini Bagi 'Sedas' Di WhatsApp

The post “Berlubang Dada Kena Tebuk”- Nak Lari Dari Rokok, Wanita Ini Terkesan Lihat Derita Penghisap Vape first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments