Sebelum ini, tular di media sosial video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan empat tahun didera dengan menggunakan penyangkut baju dan penyapu oleh seorang wanita dipercayai ibu angkatnya hanya kerana enggan makan.
Susulan itu, sepasang suami isteri ditahan dan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi. Lapor, Sinar.
Pelaku yang merupakan pengasas kosmetik, Amira Hamzah, manakala suaminya, pemandu lori, Muhammad Fitri Jasmani Josmani, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah.
Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman ringan kerana mengalami masalah kewangan sejak tahun lalu.
Kami minta maaf, tiada niat untuk mendera, kami cuma pukul sebab nak pastikan dia makan, kami takut dia mengalami masalah kurang zat makanan.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Hakim Amir Abdul Hamid memohon agar mahkamah menjatuhi hukuman denda dan penjara yang maksimum sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.
Kanak-kanak itu masih kecil tapi mereka menggunakan alasan memukul hanya kerana isu remeh iaitu enggan makan nasi.
Menurutnya, tertuduh sebagai penjaga didapati melakukan perbuatan yang zalim sehingga menyebabkan kecederaan di badan, tangan dan kaki mangsa, malah ia berterusan sejak April lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Tak Ada Niat Nak Dera” – Mak Angkat Dakwa Paksa Alia Makan Sebab Takut Kurang Zat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments