Sesiapa yang duduk di kawasan perumahan pasti pernah mengalami hal jiran yang sesuka hati meletekkan kenderaan di hadapan rumah orang lain.
Keadaan ini menyebabkan mereka sering menghalang jalan dan menyukarkan pemilik rumah untuk berurusan keluar masuk rumah.
Oleh itu, seorang pengguna TikTok telah bertanyakan kepada seorang peguam mengenai tindakan yang boleh dikenakan kepada jiran yang suka meletakkan kenderaan di merata tempat.
Tampil menjawab soalan yang diajukan, peguam dikenali sebagai Aminahtul Mardiah itu mendedahkan mangsa boleh melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Kita jangan bergaduh dengan jiran tersebut sebab nanti dua-dua boleh kena tindakan undang-undang.
@aminahtulmardiah #answer to @Hges jiran parking merata? #tahukahanda #tiktokguru
Jelasnya, kes boleh didakwa di bawah akta pengangkutan jalan Seksyen 48(1) yang memperuntukkan hukuman denda RM 1,000 – RM 5,000 atau penjara minimun setahun kerana mengganggu pengguna jalan raya lain.
Malah, pihak polis juga boleh mengambil tindakan di bawah akta yang sama Seksyen 48(2) yang memperuntukkan pihak berkuasa boleh clam atau tow kenderaan tersebut atau di bawah akta Kesalahan Kecil Seksyen 22 yang memperuntukkan denda RM 50 kerana menceroboh sesuatu kawasan.
So jangan bergaduh, berbincang cara baik ataupun pergi report polis untuk tindakan undang-undang diambil, semoga membantu!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Jangan Bergaduh” – Peguam Dedahkan Rupanya Kita Boleh Ambil Tindakan Kalau Jiran ‘Parking’ Depan Rumah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments