Sejak beberapa hari yang lalu, kecoh di media sosial seorang pendakwah bebas dikenali ramai ditahan atas tuduhan merogol remaja perempuan berumur 14 tahun dan ramai yang tertanya-tanya siapakah ‘pendakwah’ tersebut kerana identitinya masih belum diketahui.
Terbaru, seorang individu lelaki telah memuat naik satu status di Facebook yang mengundang kecaman daripada para netizen kerana status yang ditulis seakan-akan tidak sensitif serta tidak berasas.
Melalui perkongsiaan lelaki itu, dia mempersoalkan tuduhan penceramah bebas dikenali sebagai F&N merogol remaja perempuan terbabit banyak kali.
Lagi membuatkan statusnya itu mengundang kecaman, bila dia sempat bergurau dengan mengatakan barangkali remaja itu yang merogol ustaz F&N terbabit kerana berlaku berulang kali.
Individu terbabit dikecam ramai kerana seakan-akan tidak sensitif dengan isu yang telah terjadi, lebih-lebih apabila berkaitan dengan soal merogol. Namun, dia tidak mendiamkan diri dan membalas komen netizen dengan mempertikaikan punca kejadian hingga menambahkan lagi orang ramai untuk ‘menghentamnya’.
Ramai netizen berasa berang melihat cara individu terbabit mempertikaikan isu ini dan lebih mengecewakan mereka apabila mengetahui lelaki ini merupakan pengerusi kem tahfiz.
Bukan itu saja, ada juga netizen mempersoalkan kebijaksanaan lelaki ini dan sama-sama merasakan kenyataan yang dilakukan ini jelas membuktikan cara pemikiran orang agama sudah banyak yang rosak.
Kemungkinan besar sedar diri teruk dikecam ramai, lelaki terbabit telah memadam entri tersebut di laman Facebooknya.
The post “Kemungkinan Ustaz Yang Dirogol..” – ‘Pengerusi Kem Tahfiz’ Teruk Dikecam, Sempat Nak Gurau Isu Pendakwah Rogol Remaja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments