Viral di media sosial TikTok baru-baru ini satu sedutan live yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Langit Biru memaparkan seorang wanita yang merayu anak perempuannya untuk pulang ke pangkuan keluarga.
Menerusi video tersebut, wanita dikenali sebagai Hasmida itu memohon agar anak perempuannya yang berusia 15 tahun untuk pulang ke rumah selepas hampir 2 bulan menghilangkan diri.
Difahamkan, anak perempuannya yang bernama Tengku Nur Hatikah Atirah itu keluar daripada rumah dengan sehelai sepinggang malah tanpa membawa kad pengenalan dan pakaian.
Apa lagi kekurangan mama untuk kakak, mama dah buat sehabis baik..
Malah, dia turut berasa sedih apabila melihat perubahan terkini anak perempuannya yang sanggup menukar imej dan nama bagi mengelak dari dikenali orang ramai.
Menurut Hasmida, dia tidak tahu punca sebenar anaknya melarikan diri memandangkan hubungan mereka baik-baik sahaja dan tidak berlaku sebarang perselisihan faham.
Namun, dia risau dengan keselamatan anaknya dan bimbang jika anaknya terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya lalu terpesong dari jalan yang benar.
Ingat kakak, kawan-kawan tak bawa kita ke akhirat kak..
@langitbiru1773 #ayahlong #gengkapak #gengpakcikketiak #1m #fyp #tiktokpelitfyp #fyp? #viral #kualalumpur #meruklang #malaysia #ngo #tiktok #tiktokmalaysia #mk54official #media #astro #tv3 #siakapkeli #livetiktokshop
Dalam pada itu, Hasmida turut memohon bantuan orang ramai untuk mencari anak perempuannya dan memaklumkan kepadanya jika mempunyai sebarang maklumat. Selain itu, dia turut membuat laporan polis mengenai kehilangan remaja berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Apa Lagi Kekurangan Mama?” – 2 Bulan Tak Balik Rumah, Ibu Buat ‘TikTok Live’ Merayu Anak Perempuan Pulang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments