#Hiburan: “Rumah Tak Tersusun..” – Zalina Azman Hilang Sejak November 2021, Anak Lapor Rumah Berselerak Tapi Kunci Kereta & Duit Masih Ada

Berita yang sememangnya membuatkan ramai tertanya-tanya apabila personaliti televisyen popular, Ras Adiba Radzi merayu agar rakan seperjuangannya iaitu Zalina Azma untuk pulang ke pangkuan keluarga setelah dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Zalina atau nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman yang pernah mengendalikan program Money Matters disyaki telah hilang sejak tahun lalu setelah gagal dihubungi oleh keluarga.

Advertisement

Hal terbabit turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarganya berhubung dengan kehilangan Zalina sejak November tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

Dalam pada itu, anak Zalina melaporkan keadaan rumah wanita terbabit ketika itu kelihatan tidak teratur dan turut menemui beg duit ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta berserta wang tunai RM600.

Advertisement

Pelbagai usaha telah dicuba untuk mencari Zalina, namun tetap gagal menemui mangsa.

Oleh kerana itu, pihak polis membuat hebahan kepada umum berkaitan dengan kehilangan mangsa untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Melalui hebahan yang dilakukan, pihak polis meminta agar orang untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622.

15 jam lalu

(VIDEO) Netizen Terkejut Petugas di Tanah Suci Selamba Jalan Berkaki Ayam Atas Lapik Makanan, Undang Pelbagai Reaksi

The post “Rumah Tak Tersusun..” – Zalina Azman Hilang Sejak November 2021, Anak Lapor Rumah Berselerak Tapi Kunci Kereta & Duit Masih Ada first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments