#Hiburan: “Memang Beranak Sebab Nak Buat ‘Content’ Ke?” – Individu Dikecam Netizen, Tak Puas Hati Neelofa ‘Upload’ Gambar Bilal

Semua tahu bahawa Neelofa dan suami sehingga kini masih tidak mendedahkan wajah anak lelaki sulung mereka, Muhammad Bilal.

Namun, sebenarnya perkara itu normal bagi ibu bapa untuk tidak menunjukkan anak mereka atas pelbagai faktor terutamanya keselamatan.

Advertisement

Apatah lagi jika mereka merupakan selebriti yang terkenal dan sering menjadi tumpuan media serta orang ramai.

bilal
3 bulan lalu

"Kalah Orang Yang Dapat Duit KWSP" - Netizen Terkejut Neelofa Dedah Duit Raya Bilal Cecah RM14K

Terbaru, bekas pengacara Meletop itu ada berkongsikan foto Bilal yang diambil ketika berada di dalam kereta. Menerusi gambar itu, wajahnya tertutup dengan bantal ketika dia baring di dalam ‘car seat’.

Bagaimanapun, ia dimuat naik semula di Twitter oleh satu akaun yang dilihat seperti tidak berpuas hati dengan Neelofa dan mendakwa artis itu menggunakan anak demi ‘content’.

Advertisement

Dia ni memang beranak sebab nak buat content sosial media ke apa?”

Hantaran itu bagaimanapun mendapat kritikan dan kecaman daripada ramai warganet di Twitter yang menyelar individu di sebalik akaun tersebut.

Rata-ratanya berkata dia sendiri yang mempunyai masalah hati kerana menjadikan isu tentang hal tersebut hanya kerana ia membabitkan Neelofa.

Selain itu, ada yang mengkritik tindakan segelintir pengguna Twitter yang dikatakan memberikan publisiti percuma kepada sesetengah individu seperti Neelofa dan Sajat.

The post “Memang Beranak Sebab Nak Buat ‘Content’ Ke?” – Individu Dikecam Netizen, Tak Puas Hati Neelofa ‘Upload’ Gambar Bilal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments