Sebuah perkongsian daripada seorang wanita di TikTok ini telah mencuri perhatian netizen apabila dia ada menyampaikan pesanan ‘pedas’ kepada seorang individu yang cuba untuk menggoda suaminya.
Kata wanita yang dikenali sebagai Alieya ini, gadis itu yang berusia 18 tahun telah meminta khidmat suaminya yang juga seorang ‘rider’ untuk membeli kit ujian pantas COVID-19 kerana terdesak.
Namun setelah selesai khidmat suaminya itu, gadis itu telah mengucapkan terima kasih dengan nada yang mencurigakan dan mengada-ngada.
Lepas suami siap hantar barang, perempuan tu mesej “terima kasih sebab wujud dalam dunia ni..”
Malah, selepas beberapa hari, gadis itu muncul lagi di aplikasi WhatsApp dengan niat untuk memulakan perbualan.
Alieya kemudiannya menyekat nombor telefon gadis berkenaan setelah menyedari niat gadis itu yang hanya ingin ‘mengorat’ suaminya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsikan pengalaman sama dengan Alieya mengenai pasangan masing-masing yang ‘dikacau’ oleh pelanggan masing-masing.
Ada juga yang tiba-tiba ‘overthinking’ mengenangkan nasib pasangan masing-masing yang keluar bekerja di luar sana.
“Suami saya pun rider dan cerita awak ni membuatkan saya semakin overthinking” tulis seorang netizen.
The post (VIDEO)”Desperate Ke Kak?”- Gadis Mesej ‘Rider’ Ajak Kenal, Isteri Bagi Nasihat ‘Pedas’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments