Seorang lelaki dilaporkan ditahan pihak polis selepas didakwa menikam bekas kekasihnya menggunakan pisau serta turut mencederakan rakan mangsa.
Menurut Utusan, kejadian berlaku di kaki lima di Jalan Tun Sri Lanang kira-kira jam 6.20 petang kelmarin. Disebabkan itu, mangsa yang berusia 23 tahun cedera parah di tangan dan terus dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka.
Sementara itu, rakannya yang berusia 25 tahun pula cedera di bahagian telinga.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pasukannya telah bergegas ke lokasi namun suspek ketika itu terus melarikan diri.
Dua wanita yang mengalami kecederaan dikejarkan ke hospital.”
Mangsa berkata suspek merupakan bekas kekasihnya berusia 22 tahun dan telah diserang kerana enggan keluar bersama lelaki itu selepas mereka menamatkan hubungan pada dua minggu lepas.
Dia telah menahan serangan menggunakan tangan sebelum rebah dan rakannya itu cuba membantu namun turut mengalami kecederaan di bahagian telinga.
Gambar kedua-dua mangsa dan kereta yang didakwa digunakan oleh suspek tular di aplikasi Twitter sebelum dia sendiri dilaporkan menyerah diri di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah pada pukul 2.30 petang semalam.
Perodua Bezza MDF 3798 pic.twitter.com/eiHh0WqQzp
— yuli (@yulianamour) July 30, 2022
The post Dah ‘Break Up’ 2 Minggu Lepas, Lelaki Tikam Bekas Kekasih Sebab Tolak Ajakan Keluar Bersama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments