Untuk memiliki ibu mentua yang baik merupakan satu rezeki yang amat bermakna buat seorang wanita yang bergelar isteri dan itulah apa yang dialami oleh pelakon Puteri Sarah apabila memiliki ibu mentua yang sangat menyayangi dirinya.
Biarpun rumah tangga sudah bergolak sejak empat tahun yang lalu, keluarga mentua tetap berada di sisi untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada Sarah serta anak-anak.
Dapat lihat kasih sayang yang diterima seperti sebelum ini Datin Fatimah Ismail ada membuka mulut berhubung isu orang ketiga dan beliau meminta agar gadis terbabit untuk bertaubat. Walaupun tidak menyebut nama, tetapi beliau berkata individu itu sendiri tahu siapa dirinya.
View this post on Instagram
Baru-baru ini, perkongsiaan isteri kepada pengarah hebat Datuk Yusof Haslam ada memuat naik satu foto di Instagram yang mencuri perhatian orang ramai.
Bukan hanya memuat naik foto bersama menantunya yang sedang makan bersama-sama, tetapi di caption foto itu juga beliau secara jelas memberitahu Puteri Sarah merupakan isteri kepada anak lelakinya, Syamsul Yusof.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa seronok melihat kapsyen ibu mentua Puteri Sarah itu dan memuji Datin Fatimah kerana sangat menjaga hubungannya bersama menantu serta mendoakan ikatan keluarga mereka sentiasa akrab.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
The post “Perli Paling Win!” – Mak Mentua ‘Mention’ Puteri Sarah Isteri Syamsul, Netizen Suruh Ira Kazar Sedar Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments