#Hiburan: “Itukan Gigi Susu..“ – Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’

Tular di media sosial semalam mengenai sebuah video yang memaparkan seorang bayi perempuan comel di TikTok.

Namun, bukan kecomelan bayi perempuan itu yang menjadi tumpuan netizen tetapi gigi kanak-kanak berkenaan telah dipasang pendakap gigi.

Advertisement

Ia sekaligus mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang merasakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan bersikap tidak bertanggungjawab kerana memasang pendakap gigi pada si kecil itu memandangkan umur anak yang masih kecil.

Kata netizen, pemakaian pendakap gigi pada bayi boleh membahayakan proses pertumbuhan gigi berikutan struktur rahang dan gigi yang masih belum tumbuh secara sepenuhnya.

Advertisement
TikTokSumber : TikTok  

Selain ibu bapa bayi berkenaan dikecam hebat, netizen turut meluahkan rasa simpati kepada si kecil itu yang terpaksa menanggung sakit akibat diperlakukan sedemikian rupa.

Ada juga yang berharap bahawa pendakap gigi berkenaan hanyalah ‘filter’ semata-mata dan bukannya ‘braces’ yang sebenar.

Difahamkan peristiwa berkenaan berlaku di negara jiran, Indonesia dan sehingga kini masih belum ada respon daripada ibu bapa kanak-kanak perempuan itu berhubung hantaran video tersebut di media sosial.

ppki
19 jam lalu

"Sampai Biru Telinga Dia!" - Cikgu Bagi Alasan Tak Cukup Staf Punca Anak 'Austisme' Kena Piat Telinga

The post “Itukan Gigi Susu..“ – Tular Video Bayi Dipakaikan ‘Braces’, Netizen Kecam Ibu Bapa Buat Demi ‘Content’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments