#Hiburan: (VIDEO)”Siapa Ira Kazar Di Hati Awak?” – Diaju Soalan Oleh PakNil, Syamsul Yusof Hanya Buat Isyarat ‘Kunci Mulut’

Satu perkongsian memaparkan sedikit sedutan program wawancara Hard To Heart bersama Aznil Hj Nawawi yang menampilkan tetamu jemputan Syamsul Yusof baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai respon daripada netizen di media sosial.

Dalam klip video program bual bicara tersebut, Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil ada bertanyakan soalan cepumas kepada pengarah filem Mat Kilau itu berkenaan hubungannya bersama Ira Kazar.

Advertisement

Mendiamkan diri buat beberapa ketika, Syamsul kemudiannya dilihat memberi respon ‘mengunci mulut’ terhadap pertanyaan tersebut.

Ia sekaligus mengundang spekulasi mengenai hubungan sebenarnya bersama anak perempuan kepada pelakon Kazar Saisi itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen merasakan bahawa memang ada ‘sesuatu’ yang terjadi di antara Syamsul dan Ira Kazar.

Dalam pada itu, netizen juga mendoakan yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana di atas dugaan rumah tangga yang dialaminya kini.

“Kalau tiada apa-apa, jawab sajalah. Takut kena-kena je dengan orang sana. Tabah lah Puteri Sarah dan anak-anak.” komen seorang netizen.

Puteri sarah saman ira kazar
3 jam lalu

"Saman Tetap Saman!" - Puteri Sarah Tak Rasa Pelik Kalau Syamsul Yusof Bayarkan Saman Ira Kazar

The post (VIDEO)”Siapa Ira Kazar Di Hati Awak?” – Diaju Soalan Oleh PakNil, Syamsul Yusof Hanya Buat Isyarat ‘Kunci Mulut’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments