Sebuah perkongsian di media sosial TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian netizen apabila seorang wanita mendakwa dirinya didatangi dua orang jejaka sekaligus di hari raya bagi urusan merisik dan juga pertunangan!
Dalam perkongsian yang dimuatnaik @fatin ini, pada mulanya kekasih hatinya telah datang beraya ke rumah dan ingin membincangkan mengenai pertunangan antara mereka berdua.
Setelah itu, wanita itu kemudiannya telah menerima ziarah daripada lelaki lain yang berniat untuk merisik dirinya pada waktu yang sama.
Menjengah ke ruangan komen hantaran video TikTok tersebut, ramai netizen turut meluahkan rasa terkejut dan teruja kerana wanita itu seolah-olah menjadi rebutan jejaka di luar sana.
Tidak kurang juga yang meminta ‘tips’ dipermudahkan jodoh dan turut menegur riak wajah kekasihnya itu yang seperti bersedih apabila keadaan menjadi seperti itu.
Untungla kan…
The post (VIDEO) Kekasih Datang Nak Bincang Pasal Tunang, Wanita Terkejut Lelaki Lain Datang Merisik Di Hari Raya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments